Wednesday, August 5, 2009

Misteri HIV dan H1N1


Human Immunodeficiency Virus (HIV) tidak lain adalah ‘ibu tunggal’ kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS). Sedarkah kita, HIV/AIDS ini merupakan pandemik yang tidak ada penyelesaiannya. Sejak 1981 hingga 2006, lebih 25 million species manusia telah mati, kerana AIDS MEMBUNUH!


Semua sedia maklum, HIV ini adalah virus yang paling ‘bijak’ pernah dijumpai di dunia ini. Berpuluh tahun sejak penemuannya, sehingga kini masih tiada vaksin untuk mencegah dan melindungi manusia. HIV memilih pelbagai cara untuk menjangkiti manusia – dan kebanyakan cara itu adalah sexual transmission.


Kesemua pembawa HIV-Positif hanya dirawat dengan antiretroviral drugs, yang bertindak sebagai inhibitors of reverse transcriptase, antaranya Abacavir.



Pernahkah kita semua terfikir, mengapa tiada vaksin untuk HIV ini?


Andai kita semua pernah mendapat suntikan BCG (Bacillus-Calmette-Guerin) sebagai vaksin untuk mencegah Batuk Kering ( TB-Tuberculosis), tetapi mengapa tidak ada penemuan bagi HIV?


Rahsia dan misteri ini ada bagi mereka yang sering memikirkan hikmah disebaliknya. Apakah yang bakal berlaku kepada dunia dan masyarakat kita, andai HIV ini mempunyai vaksin? Adakah penemuan vaksin HIV ini mampu mengurangkan bilangan anak-anak muda yang terlibat dengan dadah berbahaya? Seks rambang? Jawapannya TIDAK! Malah gejala-gejala ini akan terus meningkat dan mencemarkan masyarakat.


“Don’t worry guys! We’re well protected now from HIV/AIDS, so lets do it!”


Allah itu Maha Bijaksana, lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya, bukan? Vaksin yang terbaik untuk HIV/AIDS ini sebenarnya adalah kekuatan pegangan Iman dalam diri kita. Tidak ada apa yang dapat mencegahnya melainkan Islam itu telah terang-terangan mengharamkan gejala-gejala yang membawa kearahnya. Vaksin itu adalah IMAN, kerana iman itulah perisai terbaik untuk diri manusia.




Influenza A H1N1? Apa pula cerita misteri mengenainya? Mungkin ramai yang hanya mengira bilangan kes dan kematian yang meningkat naik kini, tetapi jangan kita lupa untuk mengira juga hikmah disebaliknya!


Sedar tidak sedar, selesema babi atau Swine Flu ini adalah disebabkan mutasi Virus selesema burung (H5N1) dan selesema manusia dan turut melibatkan virus selesema babi.


Mengapa perlu ianya melibatkan khinzir? Kerana khinzir ini adalah binatang yang serba-serbi lengkap untuk dihuni oleh pelbagai jenis kuman (microbs) berbahaya! Sejarah juga telah membuktikan, sejak dahulu lagi khinzir ini membawa penyakit. Antaranya yang melibatkan negara, masih ingatkah kita tentang Japanese Encephalitis (JE) dan Virus Nipah? Serangan jangkitan ini telah menyebabkan ratusan nyawa melayang dan jutaan khinzir dibunuh beramai-ramai! Kini muncul pula Selesema Babi! Mengapa dunia masih tidak berfikir hikmah ini semua?


Bermulanya H1N1 di Kota Mexico, yang rata-rata khinzir ini bagai ‘jiran’ terdekat mereka. Biarpun direct contact dengan khinzir ini tidak menyebabkan Influenza A H1N1, tetapi binatang yang diharamkan dalam al-Quran ini tidak lekang daripada mendapat nama atas peranan penting yang dimainkannya. Pada mulanya jangkitan ini dinamakan ‘Swine Flu’ tetapi ditukar kepada Influenza A H1N1. Begitu juga situasinya di Malaysia, ada pihak yang cuba untuk tidak menggunakan istilah Selesema Babi, tetapi ada juga suara yang tetap ingin menggunakan istilah Selesema Babi dan Influenza A kedua-duanya.


Semua ini mengajar kita untuk berfikir. Sedalam mana kita berfikir, hikmahnya pasti ada disitu.

0 comments:

Post a Comment