Wednesday, August 19, 2009

Amalan Tradisi Ada Juga Faedahnya...

PETUA-PETUA TRADISIONAL…


Mengurangkan masalah darah tinggi.

Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah, semoga ianya berjaya.


Hilangkan sakit kepala.

Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam...InsyaAllah hilang sakit kepala.


Menghilangkan kolestrol dalam darah.

Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari insyaallah menjadi.....


Mengawal kencing manis.

Bagi yang mengidap Kencing Manis diperingkat permulaan , ambil akar semalu dan jemurkan sehingga kering.Kemudian rebus dan airnya diminum Amalkan selama dua minggu setiap pagi..Insyallah..


Menurunkan darah tinggi.

Cara untuk menurunkan darah tinggi ialah dengan cara ambil pucuk limau puruk rebus hingga mendidih dan airnya dibuat minum tiap-tiap hari ,insyaallah dengan cara ini dapat menurunkan darah tinggi dengan izin Allah . Selamat mencuba.


Rambut gugur.

Untuk mereka yang bermasalah tentang keguguran rambut.Caranya ialah dengan mengambil 5 hingga 6 helai daun Pinang Muda ( Pucuknya ), kemudian dipecah-pecahkan dan ramas sehingga mengeluarkan buih.Kemudian sapukan sehingga rata dirambut dan kulit kepala,biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan setiap selepas mandi.Lihatlah perbedaannya dalam tempoh 1 minggu.Akar rambut akan menjadi kukuh dan kelihatan sihat bersinar.

3 comments:

Anonymous said...

Informasi berguna...thanks~

Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...

ade x petua utk lebatkan rambut..??

kalu ade mntak di beritahu ek..

Mekaseh! =)

Post a Comment