Saturday, May 16, 2009

AMARAN FASA 5 : KES KEDUA H1N1 DISAHKAN

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 Mei 2009
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan kes kedua influenza A(H1N1) telah disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada pagi ini. Kes ini adalah rakan kepada kes pertama yang disahkan pada 15 Mei 2009. Pada masa ini kes ini telah berada di Hospital Pulau Pinang semalam dan dalam keadaan stabil. Keluarga beliau telah diletak dibawah ‘home quarantine’ dan buat masa ini adalah sihat. Sebagaimana yang telah diumumkan pada 15 Mei 2009, kes pertama influenza A(H1N1) telah dikesan di Malaysia. Kes tersebut
yang merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009 sekarang berada di dalam keadaan stabil di wad isolasi, Hospital Sg Buloh. Kementerian Kesihatan ingin juga memaklumkan bahawa tindakan kawalan yang perlu telah dan sedang giat dijalankan dimana kontak kepada kes yang terdiri dari keluarga pelajar ini telah dikenalpasti dan dikenakan kuarantin di rumah. Mereka juga telah diberikan rawatan
antiviral. Kesemua mereka yang berjumlah 5 orang berada didalam keadaan stabil. Sementara itu, kontak lain yang terdiri dari kakitangan sebuah klinik swasta juga telah dikesan dan sedang menjalani kuarantin dirumah dan masing-masing juga berada dalam keadaan
stabil. Kesemua kontak lain yang berada didalam penerbangan yang sama dengan pelajar terbabit, telah juga dikenalpasti . Jumlah penumpang di dalam penerbangan yang sama ialah 192 orang dengan 15 orang anak kapal. Penerbangan ini adalah desitinasi terakhir kapal terbang
ini. Kapal terbang ini bukan penerbangan co-sharing dengan manamana syarikat. Daripada 192 orang penumpang tersebut seramai 119 masih berada di negara ini iaitu 81 warga negara dan 38 bukan warga negara. Selebihya, 73 orang telahpun meneruskan penerbangan ke luar negara pada 13 Mei 2009. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memaklumkan WHO akan penumpang-penumpang ini untuk tindakan oleh negara masing-masing. Disamping menerima panggilan terus dari penumpang-penumpang yang berkaitan (35 panggilan penumpang sehingga pagi ini), senarai nama penumpang yang masih berada di negara ini termasuk yang membuat panggilan telah diedarkan ke semua Jabatan Kesihatan Negeri bagi tindakan susulan segera yang meliputi pengesanan, pengawasan dan kuarantin. Kesemua Jabatan Kesihatan Negeri telah diarahkan supaya berada di dalam keadaan siap sedia. Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan para penumpang serta kakitangan penerbangan MH 091 terbabit, agar memberikan kerjasama dengan pihak kesihatan dengan mematuhi langkah-langkah kawalan dan mematuhi nasihat yang diberikan iaitu home quarantine dan anggota kesihatan akan melaksanakan pemantauan di rumah. Di antaranyaterdapat 3 penumpang yang transit di Kuala Lumpur yang sepatutnya meneruskan penerbangan ke tempat lain pada 15 Mei 2009 telah diletakkan di bawah pemerhatian di Hospital Sungai Buloh bagi tujuan kurantin sehingga 20 Mei 2009 dan penerbangan mereka seterusnya sedang diuruskan. Secara keseluruhannya, sehingga jam 12 tengah malam 15 hb Mei 2009, bilik CPRC Kementerian telah menerima enam belas (16) lagi notifikasi kes di mana sembilan (9) kes dimasukkan ke wad isolasi
Hospital Sungai Buloh, dua (2) kes di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, dan masing-masing dua ( 2 ) kes di Hospital Melaka dan dua (2 ) di Hospital Pulau Pinang dan satu (1) Hospital Sultanah Aminah, Johor. Sehingga kini 12 sampel daripada 15 sampel didapati negatif manakala selebihnya belum lagi diketahui. Sehingga kini 20 thermal scanner telah dipasang di pintu masuk negara. Pada 15 Mei 2009, sebanyak 7,528 individu yang tiba dari negara terbabit telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 6,308 (83.8%) orang disaring di pintu masuk udara, 447 (5.9%) di pelabuhan dan 773 (10.3%) di pintu masuk darat. Dua penumpang yang disaring di KLIA telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan penyiasatan. Sehingga 15 Mei 2009, kumulatif penumpang udara yang telah disaring di semua lapangan terbang antarabangsa
terkumpul seramai 88,544. Bilik CPRC Kementerian Kesihatan telah menerima sejumlah 131 pertanyaan (130 panggilan dan 1 email) daripada orang ramai yang bertanya berkaitan dengan nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan. Panggilan tersebut termasuk daripada 35 penumpang penerbangan MH091, iaitu penerbangan yang sama dengan kes pertama seperti yang dinyatakan di atas. Sehingga 16 Mei 2009 jam 8.00 pagi Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebanyak 35 buah negara terjejas
dengan influenza A(H1N1) iaitu meningkat sebanyak 1 negara berbanding hari sebelumnya. Malaysia yang telah mengesan kes yang pertama pada 15 Mei 2009 merupakan negara terbaru termasuk dalam senarai tersebut. Kumulatif kes adalah sebanyak 7,949 kes influenza A(H1N1) disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 492 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya. Peningkatan ini dilaporkan di sepuluh (10) buah negara iaitu di USA
(416), Kanada (60), United Kingdom (7), Germany (2), New Zealand
(2), Cuba (2), Belgium (1), Panama (1) dan Malaysia (1). Satu (1)
lagi kematian dilaporkan di USA menjadikan keseluruhan kematian kepada 66 orang. WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik di Fasa 5 semenjak 29 April 2009 dan masih lagi TIDAK menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan yang perlu dilakukan oleh mana-mana negara
bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa berkaitan kejadian Influenza A(H1N1) sama ada secara global ataupun di dalam negeri. Kementerian Kesihatan akan terus memaklumkan orang ramai
mengenai situasi semasa wabak ini di seluruh dunia khususnya di Negara-negara yang dilanda influenza A(H1N1). Maklumat terkini mengenai influenza A(H1N1) ini boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman KKM melalui media dari masa ke semasa. KKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. KKM dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan dan giat mengambil tindakan proaktif bagi mengawal situasi influenza A(H1N1) dinegara ini.
Sekian dan terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 16 Mei 2009

0 comments:

Post a Comment