Friday, May 15, 2009

PRESS RELEASE; 1ST MALAYSIAN H1N1

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

15 Mei 2009

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009.Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6.45 petang. Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil. Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.
KETUA PEGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GEERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 12, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran KerajaanPersekutuan, 62590 Putrajaya
Tel :603-88832545Faks :603-88895542E-mail:ismailmerican@ moh.gov.my
2) Kesihatan juga meminta semua Klinik-Klinik atau Hospital Swasta agar sentiasa berwaspada dan merujuk segera kes-kes yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan. Sehingga jam 12 tengah malam 14 Mei 2009, selain daripada kes diatas, Bilik Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) Kementerian telah menerima sebelas (11) lagi notifikasi kes dimanaenam (6) kes dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh, dua(2) kes di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, dan masing-masingsatu (1) kes di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh, Hospital PulauPinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, bagitujuan siasatan dan pemerhatian. Kesemua kes menunjukkan tandatandajangkitan influenza dan mempunyai sejarah melawat negara yang dilanda wabak berkenaan. Sampel klinikal kesemua pesakittersebut telah dihantar kepada IMR untuk ujian makmal dan didapati negatif. Sehingga kini 20 thermal scanner telah dipasang di pintu masuknegara. Sebanyak 9,324 individu yang tiba dari negara terbabit telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 8,395 (90%) orang disaring dipintu masuk udara, 164 (1.7%) di pelabuhan dan 763 (8.2%) di pintu masuk darat. Namun begitu, tiada yang dirujuk ke hospital rujukan bagi tujuan penyiasatan. Sehingga 14 Mei 2009, kumulatif penumpang udara yang telah disaring di semua lapangan terbang antarabangsa terkumpul seramai 82,236.Bilik CPRC Kementerian Kesihatan telah menerima sejumlah 53 pertanyaan (51 panggilan dan 2 email) daripada orang ramai yang bertanya berkaitan dengan nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan. Sehingga 15 Mei 2009 jam 8.00 pagi Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu (1) negara baru terjejas dengan influenza A(H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan 1 kes menjadikan jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kumulatif kes adalah sebanyak 7,457 kes influenza A(H1N1) disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya. Peningkatan ini dilaporkan di enam(6) buah negara iaitu di USA (946), Mexico (387), Kanada (31),Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1). Dua (2) lagi kematian dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65orang. WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik diFasa 5 semenjak 29 April 2009 dan TIDAK menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan yang perlu dilakukan oleh mana-mana negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa berkaitan kejadian Influenza A(H1N1) sama ada secara global ataupun di dalam negeri. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan antarabangsa ke luar negara yang dilanda wabak ini. Individu yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, dinasihatkan untuk mendapat rawatan doktor. Disamping4itu, tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul. Kementerian Kesihatan akan terus memaklumkan orang ramai mengenai situasi semasa wabak ini di seluruh dunia khususnya diNegara-negara yang dilanda influenza A(H1N1). Maklumat terkini mengenai influenza A(H1N1) ini boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh. gov.my dan pengumuman KKM melalui media dari masa ke semasa. KKM ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. KKM dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.Sekian dan terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 15 Mei 2009

0 comments:

Post a Comment