Monday, August 3, 2009

Dulu Kira Bilangan Kes, Kini Kira Bilangan Kematian!

MENGEJUTKAN! Itulah yang boleh kita semua gambarkan dengan keadaan dunia hari ini. Virus Influenza A (H1N1) pastinya berbangga kerana mencipta pandemik teragung yang telah meragut ribuan nyawa manusia hanya dalam usia 4 bulan!

Bila bilangan kes semakin meningkat dari hari ke hari, pastinya pembaca akan jadi bosan sekiranya saya terus menulis mengenainya. Tetapi kini, usah kita lihat pada bilangan kes lagi, tapi lihatlah pada bilangan kematian yang semakin jelas peningkatannya. Sehingga ke hari ini, Malaysia mencatatkan 8 kematian. Apa yang lebih menyayat hati ianya melibatkan kanak-kanak dan wanita. Penularan kes tempatan di Malaysia ini sebenarnya masih misteri, dan ianya dikaitkan dengan kes import yang terlebih dahulu menjadi kes terpencil(sporadik) dan mencipta kluster. Ini sebenarnya terbukti dengan wujudnya Influenza-like Ilness (ILI) yang seakan-akan H1N1 dan disahkan negatif virus ini. Akan tetapi misteri tetap timbul samaada pesakit ILI ini mampu dijangkiti virus influenza A (H1N1) sebagai pembawa(carrier) yang mampu menyerang secara tiba-tiba atau akut(acute).

Kes ini berlaku kepada mangsa ke-5 negara. Tiada demam dan sesak nafas dilaporkan ketika pertama kali mendapat rawatan, namun selang beberapa hari mangsa mengalami demam, sesak nafas dan cyanosis(kebiruan) lalu meninggal dunia 30 minit kemudian.

Sehingga kini di Malaysia, mereka yang kritikal di Intensive Care Unit(ICU) merupakan golongan obesiti, wanita hamil dan imuniti rendah. Golongan lain yang berisiko termasuklah mereka yang memiliki asma, pneumonia, lain-lain penyakit berkaitan jantung dan paru-paru.

Dinasihatkan supaya mereka yang demam supaya segera ke hospital-hospital kerajaan dan klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Jangan sekadar mengambil Paracetamol (Panadol) dirumah, kerana mungkin ia hanya 'menidurkan' virus ini dan bila mereka terjaga, pastinya mereka akan menyerang secara tiba-tiba!

0 comments:

Post a Comment