Thursday, June 11, 2009

Selsema Babi kini Pandemik, Amaran Fasa 6 berkuatkuasa!



Dunia mencatat sejarah hitam! Buat pertama kalinya dalam 41 tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Selsema Babi atau Influenza A H1N1 sebagai pandemik, iaitu status penularan penyakit berjangkit melibatkan seluruh dunia!


Semenjak ini dikesan April lalu di Kota Mexico dan Amerika Syarikat, serangan virus maut ini telah mencecah sehingga ke 74 negara dan menjangkiti hampir 29,000 manusia dengan 144 kematian telah dilaporkan. Tambahan pula di Malaysia, 2 kes lagi disahkan positif menjadikan keseluruhannya 11 kes dilaporkan positif Influenza A H1N1 di Malaysia.


Pengumuman pandemik ini dibuat oleh Ketua WHO, Dr. Margaret Chan, setelah mesyuarat tergempar diadakan di ibupejabat di Geneva, Switzerland. Selain itu, amaran fasa 5 yang diisytiharkan sebelum ini telah dinaikkan kepada fasa 6 – iaitu fasa tertinggi dan paling kritikal, yang membawa maksud bahawa ‘pandemik sedang dalam perjalanan’.


Setakat kini, makmal-makmal perubatan diseluruh dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk langkah pencegahan kerana buat masa sekarang, dunia hanya memiliki antiviral agents untuk merawat pesakit dan bukan sebagai prophylactic measures (langkah pencegahan).


Sekiranya anda seorang pelajar perubatan, antiviral agents yang digunakan kini untuk merawat serangan Influenza A ialah Rimantidine dan Amantidine (derivatives of adamantane), tetapi realiti dalam dunia hari ini, virus Influenza A H1N1 ini merupakan mutasi dahsyat antara virus selsema biasa dan virus selsema burung (H5N1) dan babi, menyebabkan lahirnya ke dunia ini virus selsema babi yang resistant terhadap kedua-dua agen antiviral diatas. Namun, ketahanan virus ini lemah dengan inhibitors of viral enzymes neuraminidase – Sanamivir, Zanamivir dan Oseltamivir.


Dunia hari ini, termasuklah di Malaysia, penggunaan Oseltamivir atau lebih popular dengan nama ‘Tamiflu’ lebih dipraktikkan di wad-wad kuarantin hospital

kerajaan. Di Malaysia, rawatan pesakit selsema babi ini hanya dibenarkan di hospital kerajaan, dan tidak dibenarkan di hospital swasta apatah lagi di klinik-klinik awam dan swasta. Ini bertujuan untuk memusatkan proses rawatan serta memudahkan laporan dan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan terhadap status jangkitan virus ini.


Walaubagaimanapun, masyarakat dunia dinasihatkan untuk tidak terlalu panik dengan keadaan yang berlaku. Pengisytiharan pandemik ini baru permulaan dan berada dalam situasi yang ‘moderate’.


Betapa kita sebagai manusia, apatah lagi sebagai pengamal perubatan, perlu sangat kritikal terhadap penyakit berjangkit dan serangan wabak di dunia ini. Kita juga perlu berfikir hikmah berlakunya serangan wabak maut seperti ini. Sudah tentu, virus yang sekecil itu mampu menundukkan keangkuhan manusia, dan inilah bukti kehebatan ciptaan Allah!


Satu perkara yang ingin saya ajak anda semua berfikir, serangan Influenza A ini mengancam seluruh masyarakat dunia, namun kes serangan wabak ini masih sunyi dan sepi di negara-negara Asia Barat, iaitu di Tanah Arab khususnya. Tentu diminda anda telah terlintas jawapannya bukan? Inilah kebenaran agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah ta’ala. Subhanallah. ;-)


Semoga kita diberikan ketabahan menghadapi senario dunia hari ini dan marilah kita berdoa agar kita semua, terutama keluarga dan orang yang disayangi diberikan kesihatan dan terhindar dari bahaya malapetaka. InsyaAllah.

4 comments:

Anonymous said...

thank you for the info.

inikipassaya said...

bahaynya...
bile manusia mula ingkar..
tidak tunduk dan patuh...
mungkin ini satu petandanya..
bersama2 kite bermuhasabah..

Ahmad said...

Bersamalah kita bermuhasabah
kerna Dunia kini telah banyak merintih..
memang benar ini petanda dari Allah ta'ala..

Anonymous said...

salam akhi ramdan.

terima kasih share info and terima kasih coz ajak berfikir. mungkin benar ni adalah petanda Allah. semoga kita smua dapat bermuhasabah dan cba memperbaiki diri, IA.

Post a Comment