Thursday, June 11, 2009

Kismis; Ubat Memori Paling Mujarab!

Musim peperiksaan berkunjung lagi! Mungkin ada yang sedang menantinya, ataupun sedang menghadapinya dan mungkin juga telah mengakhirinya. Walaubagaimana sekalipun keadaan anda, ‘menghafal’ dan menyimpan memori itu bukanlah untuk peperiksaan semata-mata dan bukanlah juga untuk pelajar dan mereka di bangku sekolah. Menghafal itu aktiviti yang sihat, yang boleh merangsang pertumbuhan sel-sel neuron yang baru di otak dan sekali gus meningkatkan daya pemikiran seseorang.

InsyaAllah, dengan izinNya, kita mulakan diskusi….


Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadith. Di antaranya Imam Ahmad bin Hanbal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka?

Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan. Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantangan yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1.Mengelakkan minum yang terdapat semut di dalamnya.
2.Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3.Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4.Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5.Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap
kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan di pertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.




Fadhilat Kismis…

Kismis atau anggur kering – dengan kandungan gula sebanyak 60% (gula fruktosa terutamanya) telah diiktiraf sebagai ‘makanan otak dan minda’ yang paling mujarab di dunia. Kismis juga bertindak sebagai agen antioksida untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Dengan rasa yang manis dan enak, kandungan gula dalam kismis ini akan di’kristal’kan sewaktu proses pengeringan anggur untuk dijadikan kismis. Apa yang menariknya, kandungan ‘gula sihat’ dalam anggur kering ini tidak berkurangan sama sekali dan khasiat pemakanannya tidak terjejas. Begitu juga sekiranya kismis ini direndam dalam air panas, gulanya tidak akan hilang dan tersejat, malah akan meresap ke dalam air dan sesuai untuk diminum.

Dua sumber utama kekuatan otak dan perangsang minda ialah gula dan oksigen. Mereka merupakan sumber utama metabolism di sel-sel otak dan lemahnya kekuatan dan daya ingatan seseorang amat berkait rapat dengan kekurangan dua bekalan penting ini.

Bagi penggemar Kismis Doa dari Ustaz Ismail Kamus, pasti mereka pernah mendengar kata-kata Imam Zuhdi – “ Barangsiapa yang ingin menghafal hadith, makanlah anggur kering”.

Sekirannya anda belum pernah mengamalkan pengambilan kismis ini, mulakanlah sekarang dan dengan istiqamah serta izin dariNya, insyaAllah kita mampu menjana pemikiran yang mantap seperti para ilmuan dunia silam.

Pengesyoran:

“KISMIS TOK GURU”

Kismis Tok Guru ini telah diperbuat daripada kismis yang bermutu tinggi dan terpilih yang diimport khas dari negara Iran. Kismis ini mengandungi vitamin A dan C, Kalsium, Fiber, Sodium, Protein, Potassium, dan Glicose. Kismis ini telah dibacakan padanya beberapa ayat suci al-Quran oleh guru dan para pelajar di Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kelantan.

Khasiat Kismis Tok Guru:-

Menghilangkan penyakit lupa, menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata dan menghilangkan balgham.

Ini adalah keluaran produk muslim dan Halal.

Adab-adab memakan kismis:

1. Menghadap kiblat
2. Membaca basmallah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
3. Makan dalam bilangan ganjil. ( Disyorkan untuk hafiz/hafizah /pelajar – 21 biji)
4. Makan dengan kemam (tidak dikunyah).
5. Makan ketika perut kosong.
6. Istiqamah setiap hari.


Sebagai pelajar, ini juga salah satu usaha kita untuk cemerlang dan berjaya. Tapi fadhilat dan barakahnya akan semakin bercambah andai kita meletakkan matlamat bukan untuk pelajaran semata-mata, tetapi lebih utama bagi menghafal al-Quran dan Hadiths.

Kita juga jangan lupa untuk berusaha bersungguh-sungguh, menuntut ilmu dengan segala kudrat yang ada, kerna itulah usaha utama yang dinilai Allah ta’ala. Doa juga adalah penyubur usaha kita dan tawakkal itu memupuk keikhlasan di hati.


3 comments:

Anonymous said...

hum...eating 'kismis' is good for the brain because of the nutrition inside it..i agree with that...but,probably we should thinking more deeply and wisely about the terms : 'perubatan islam', 'paling mujarab', 'experiences among 'pengamal kismis' and 'penjual kismis' etc. are using for describing " how good if we ate 'kismis' for giving such benefits to our brain", plus...people use 'religous' term in this situation....
[ yosh~ sekadar pendapat ]

Ahmad said...

Syukron hatimukmin@raimi for your opinion.
I agree with you esp. about using 'religous' term in this situation by certain people only to promote their 'kismis' to be sold out!
The terms used nowadays to encourage people to eat 'kismis' are entirely misunderstood and diverted from the truth. As far as I concern, term 'kismis doa' by certain sellers maybe gives meaning of such pre-interesting mood and eagers, but not to relate it as overally discarded..

Jazakallah khairan kathira', raimi :-)

ziAD said...

salam...
kenape kte dgalakkan mkn kismis dgn bilangan tertentu ye?
kalau mkn je dgn byk krg baek ke cmane dr?
sy klu beli kismis maen mkn je..:)

Post a Comment