Thursday, June 11, 2009

Selsema Babi kini Pandemik, Amaran Fasa 6 berkuatkuasa!



Dunia mencatat sejarah hitam! Buat pertama kalinya dalam 41 tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Selsema Babi atau Influenza A H1N1 sebagai pandemik, iaitu status penularan penyakit berjangkit melibatkan seluruh dunia!


Semenjak ini dikesan April lalu di Kota Mexico dan Amerika Syarikat, serangan virus maut ini telah mencecah sehingga ke 74 negara dan menjangkiti hampir 29,000 manusia dengan 144 kematian telah dilaporkan. Tambahan pula di Malaysia, 2 kes lagi disahkan positif menjadikan keseluruhannya 11 kes dilaporkan positif Influenza A H1N1 di Malaysia.


Pengumuman pandemik ini dibuat oleh Ketua WHO, Dr. Margaret Chan, setelah mesyuarat tergempar diadakan di ibupejabat di Geneva, Switzerland. Selain itu, amaran fasa 5 yang diisytiharkan sebelum ini telah dinaikkan kepada fasa 6 – iaitu fasa tertinggi dan paling kritikal, yang membawa maksud bahawa ‘pandemik sedang dalam perjalanan’.


Setakat kini, makmal-makmal perubatan diseluruh dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk langkah pencegahan kerana buat masa sekarang, dunia hanya memiliki antiviral agents untuk merawat pesakit dan bukan sebagai prophylactic measures (langkah pencegahan).


Sekiranya anda seorang pelajar perubatan, antiviral agents yang digunakan kini untuk merawat serangan Influenza A ialah Rimantidine dan Amantidine (derivatives of adamantane), tetapi realiti dalam dunia hari ini, virus Influenza A H1N1 ini merupakan mutasi dahsyat antara virus selsema biasa dan virus selsema burung (H5N1) dan babi, menyebabkan lahirnya ke dunia ini virus selsema babi yang resistant terhadap kedua-dua agen antiviral diatas. Namun, ketahanan virus ini lemah dengan inhibitors of viral enzymes neuraminidase – Sanamivir, Zanamivir dan Oseltamivir.


Dunia hari ini, termasuklah di Malaysia, penggunaan Oseltamivir atau lebih popular dengan nama ‘Tamiflu’ lebih dipraktikkan di wad-wad kuarantin hospital

kerajaan. Di Malaysia, rawatan pesakit selsema babi ini hanya dibenarkan di hospital kerajaan, dan tidak dibenarkan di hospital swasta apatah lagi di klinik-klinik awam dan swasta. Ini bertujuan untuk memusatkan proses rawatan serta memudahkan laporan dan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan terhadap status jangkitan virus ini.


Walaubagaimanapun, masyarakat dunia dinasihatkan untuk tidak terlalu panik dengan keadaan yang berlaku. Pengisytiharan pandemik ini baru permulaan dan berada dalam situasi yang ‘moderate’.


Betapa kita sebagai manusia, apatah lagi sebagai pengamal perubatan, perlu sangat kritikal terhadap penyakit berjangkit dan serangan wabak di dunia ini. Kita juga perlu berfikir hikmah berlakunya serangan wabak maut seperti ini. Sudah tentu, virus yang sekecil itu mampu menundukkan keangkuhan manusia, dan inilah bukti kehebatan ciptaan Allah!


Satu perkara yang ingin saya ajak anda semua berfikir, serangan Influenza A ini mengancam seluruh masyarakat dunia, namun kes serangan wabak ini masih sunyi dan sepi di negara-negara Asia Barat, iaitu di Tanah Arab khususnya. Tentu diminda anda telah terlintas jawapannya bukan? Inilah kebenaran agama Islam, satu-satunya agama yang diredhai Allah ta’ala. Subhanallah. ;-)


Semoga kita diberikan ketabahan menghadapi senario dunia hari ini dan marilah kita berdoa agar kita semua, terutama keluarga dan orang yang disayangi diberikan kesihatan dan terhindar dari bahaya malapetaka. InsyaAllah.

Leia Mais…

Kismis; Ubat Memori Paling Mujarab!

Musim peperiksaan berkunjung lagi! Mungkin ada yang sedang menantinya, ataupun sedang menghadapinya dan mungkin juga telah mengakhirinya. Walaubagaimana sekalipun keadaan anda, ‘menghafal’ dan menyimpan memori itu bukanlah untuk peperiksaan semata-mata dan bukanlah juga untuk pelajar dan mereka di bangku sekolah. Menghafal itu aktiviti yang sihat, yang boleh merangsang pertumbuhan sel-sel neuron yang baru di otak dan sekali gus meningkatkan daya pemikiran seseorang.

InsyaAllah, dengan izinNya, kita mulakan diskusi….


Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadith. Di antaranya Imam Ahmad bin Hanbal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka?

Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan. Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantangan yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1.Mengelakkan minum yang terdapat semut di dalamnya.
2.Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3.Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4.Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5.Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap
kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan di pertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.




Fadhilat Kismis…

Kismis atau anggur kering – dengan kandungan gula sebanyak 60% (gula fruktosa terutamanya) telah diiktiraf sebagai ‘makanan otak dan minda’ yang paling mujarab di dunia. Kismis juga bertindak sebagai agen antioksida untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Dengan rasa yang manis dan enak, kandungan gula dalam kismis ini akan di’kristal’kan sewaktu proses pengeringan anggur untuk dijadikan kismis. Apa yang menariknya, kandungan ‘gula sihat’ dalam anggur kering ini tidak berkurangan sama sekali dan khasiat pemakanannya tidak terjejas. Begitu juga sekiranya kismis ini direndam dalam air panas, gulanya tidak akan hilang dan tersejat, malah akan meresap ke dalam air dan sesuai untuk diminum.

Dua sumber utama kekuatan otak dan perangsang minda ialah gula dan oksigen. Mereka merupakan sumber utama metabolism di sel-sel otak dan lemahnya kekuatan dan daya ingatan seseorang amat berkait rapat dengan kekurangan dua bekalan penting ini.

Bagi penggemar Kismis Doa dari Ustaz Ismail Kamus, pasti mereka pernah mendengar kata-kata Imam Zuhdi – “ Barangsiapa yang ingin menghafal hadith, makanlah anggur kering”.

Sekirannya anda belum pernah mengamalkan pengambilan kismis ini, mulakanlah sekarang dan dengan istiqamah serta izin dariNya, insyaAllah kita mampu menjana pemikiran yang mantap seperti para ilmuan dunia silam.

Pengesyoran:

“KISMIS TOK GURU”

Kismis Tok Guru ini telah diperbuat daripada kismis yang bermutu tinggi dan terpilih yang diimport khas dari negara Iran. Kismis ini mengandungi vitamin A dan C, Kalsium, Fiber, Sodium, Protein, Potassium, dan Glicose. Kismis ini telah dibacakan padanya beberapa ayat suci al-Quran oleh guru dan para pelajar di Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kelantan.

Khasiat Kismis Tok Guru:-

Menghilangkan penyakit lupa, menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata dan menghilangkan balgham.

Ini adalah keluaran produk muslim dan Halal.

Adab-adab memakan kismis:

1. Menghadap kiblat
2. Membaca basmallah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
3. Makan dalam bilangan ganjil. ( Disyorkan untuk hafiz/hafizah /pelajar – 21 biji)
4. Makan dengan kemam (tidak dikunyah).
5. Makan ketika perut kosong.
6. Istiqamah setiap hari.


Sebagai pelajar, ini juga salah satu usaha kita untuk cemerlang dan berjaya. Tapi fadhilat dan barakahnya akan semakin bercambah andai kita meletakkan matlamat bukan untuk pelajaran semata-mata, tetapi lebih utama bagi menghafal al-Quran dan Hadiths.

Kita juga jangan lupa untuk berusaha bersungguh-sungguh, menuntut ilmu dengan segala kudrat yang ada, kerna itulah usaha utama yang dinilai Allah ta’ala. Doa juga adalah penyubur usaha kita dan tawakkal itu memupuk keikhlasan di hati.


Leia Mais…

Sunday, June 7, 2009

Jangan lari dari kawasan wabak!!

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan 2 kes Influenza A H1N1 di Malaysia, setelah hampir 2 minggu negara kita diisytiharkan bebas wabak tersebut. Apa yang lebih ‘menarik’, kedua-dua kes ini melibatkan pelajar Malaysia yang menuntut di ‘Kota Wabak’ – Amerika Syarikat. Wabak atau epidemic merupakan persoalan misteri dunia perubatan kerana kehadiran ‘mereka’ yang tidak diduga mampu meragut ribuan nyawa sekaligus dan mampu melenyapkan spesies manusia dari muka bumi ini andai tiada langkah pencegahan dan tindakan susulan…

Islam sebagai agama yang syumul, lengkap lagi menyeluruh, tidak pernah lari dari rujukan para ilmuan perubatan yang bijaksana, yakni yang mengetahui aplikasi ‘kehidupan berlandaskan syari’at’.

InsyaAllah, kita mulakan diskusi….

Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid r.a, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

"Wabak Tha'un merupakan seksa atau azab yang dikirimkan kepada bani Israel atau dikirimkan kepada ummat sebelum kalian. Apabila kalian mendengar wabak ini menyerang suatu daerah maka jangan kalian masuki daerah tersebut dan apabila kalian berada di sana maka janganlah kalian keluar untuk menghindarinya,"

(HR Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Auf r.a, "Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda,

'Apabila kalian mendengar wabak tersebut menyerang suatu daerah maka janganlah kalian memasuki daerah tersebut dan apabila kalian berada di sana maka janganlah kalian keluar untuk menghindarinya',"

(HR Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan dari Aisyah r.a,dari Nabi saw. bersabda,

"Mati karena mengidap penyakit thaun termasuk syahidnya umatku karena akibat tusukan musuh kalian dari kalangan jin. Dan tapal seperti tapalan unta yang tumbuh di pangkal-pangkal kaki dan marraq (kulit tipis yang ada di bawah perut). Barangsiapa yang meninggal karena mengidap penyakit itu maka ia mati syahid dan barangsiapa tetap tinggal di daerah tersebut maka ia seperti orang yang sedang berjaga-jaga dalam jihad fisabilillah dan barangsiapa yang lari dari daerah tersebut maka ia seperti seorang yang lari dari perang,"

(Hasan,lihat kitab ash-Shahihah).

Ibnu Qayyim berkata, "Rasulullah saw. telah melarang umatnya memasuki daerah yang terkena wabak tha'un dan melarang orang yang sedang berada di daerah tersebut keluar darinya. Ini merupakan tindakan preventif dari Baginda s.a.w. Sebab memasuki daerah yang terjangkiti wabak bererti tindakan menentang mara bahaya. Tidak memasukinya merupakan pencegahan agar tidak mewabak di daerahnya dan penjagaan seorang insan terhadap dirinya. Dan itu (memasuki daerah wabah) merupakan tindakan yang bertentangan dengan syari'at dan akal. Bahkan menghindari diri dari daerah tersebut termasuk bab penjagaan diri yang dianjurkan Allah SWT, yakni penjagaan diri dari daerah mukim dan udara yang sudah tercemar oleh wabak penyakit."

"Pada sabda Nabi saw, 'Janganlah kalian lari keluar dari daerah tersebut'. Hadith ini tidak melarang keluar disebabkan adanya hal yang mendadak dan tidak pula melarang seorang musafir melakukan perjalanannya.

Perkataan ini tidak pernah diucapkan oleh ahli perubatan dan lainnya, bahawa ketika wabak menyerang manusia, mereka harus meninggalkan gerakan dan tinggal di rumahnya seperti benda mati. Tetapi seharusnya mereka berusaha untuk meminimumkan semua gerakan. Menghindari penyakit itu tidak seharusnya melakukan pergerakan kecuali untuk menghindari, sementara tetap diam dan tenang dapat lebih bermanfaat untuk hati dan tubuh, lebih bertawakal kepada Allah Ta'ala dan berserah diri pada ketentuan Allah.

Adapun sesuatu yang harus dilakukan dengan gerakan seperti buruh, pegawai, musafir, dan lain-lain tidak bisa dikatakan kepada mereka – “Kalian jangan bergerak sama sekali”

Jadi yang disuruh untuk ditinggalkan adalah gerakan-gerakan yang tidak diperlukan, seperti seorang yang sedang berlari menghindar dari penyakit.




Dilarangnya masuk ke daerah yang sedang terjangkit wabah memiliki beberapa hikmah:

Pertama: Menghindar dan menjauhkan diri dari sebab-sebab yang membahayakan.

Kedua: Menjaga kesehatan yang merupakan unsur hidup di dunia dan akhirat.

Ketiga: Jangan sampai ia menghirup udara yang tercemar dengan penyakit sehingga mengakibatkan ia sakit.

Keempat: Jangan sampai ia mendekati orang-orang yang sudah terserang penyakit. Sebab mendekati mereka dapat menyebabkan penularan penyakit itu kepada mereka.

Dalam kitab Sunan Abi Dawud dengan sanad yang marfu' disebutkan,

"Sesungguhnya qaraf itu menyebabkan kematian."

Ibnu Qutaibah berkata, "Qaraf adalah mendekati orang yang sudah terserang wabak."

Kelima: Menghindarkan diri dari ramalan-ramalan buruk dan dari penularan penyakit, sebab dua hal itu dapat mempengaruhi jiwa. Dan bagi yang memberikan ramalan jelek maka ia akan terkena kejelekan.

Wabak yang melanda dunia hari ini, seperti epidemic Influenza A H1N1, merupakan wabak penyakit berjangkit yang membawa maut. Langkah kuarantin yang diambil terhadap mereka yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti, tidak lain sudah pun diterangkan dengan jelas dalam hadith-hadith di atas – iaitu jangan memasuki ke kawasan berwabak dan jangan pula lari dari kawasan tersebut.

Dalam situasi kini, terutama bagi pelajar-pelajar dan pekerja atau sesiapa sahaja yang berada di tempat yang dilanda wabak seperti di Amerika, bagaimanakah keadaan mereka? Menurut penjelasan hadith di atas, pergerakan mereka tidak perlu dibataskan. Pergerakan yang dilarang, iaitu mereka yang dilarang keluar dari kawasan berwabak adalah mereka yang tiada sebab untuk keluar melainkan untuk melarikan diri dari dijangkiti – maka itu seperti mereka lari dari medan perang.

Baru-baru ini, pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika (pelajar-pelajar American Degree Foundation Programme ,ADFP di INTEC), telah pun dimaklumkan tentang penangguhan atau pembatalan program pengajian mereka di sana ekoran penularan wabak berjangkit ini. Amaran juga dikeluarkan kepada orang awam agar menangguhkan sementara perjalanan mereka ke negara yang dilanda wabak.

Apa yang penting dan perlu lebih diketahui, tiada agama lain di dunia ini yang begitu komprehensif dan menyeluruh melainkan ISLAM, satu-satunya agama yang diredhai ALLAH s.w.t.

Leia Mais…